Berita Hari Ini

IPU Muar terus merosot, 2 kawasan di Melaka bahaya

Jerebu di bandar raya Melaka:-

KUALA LUMPUR – Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar terus merosot dan masih di tahap amat berbahaya dengan bacaan 746 setakat pukul 7 pagi ini, berbanding bacaan 453 yang direkodkan pada 4 petang semalam.

Jabatan Alam Sekitar menerusi laman sesawangnya melaporkan dua kawasan di Melaka iaitu Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai yang sebelum ini mencatat IPU tidak sihat iaitu masing-masing 188 dan 170 kini merekodkan bacaan 357 dan 334 iaitu berbahaya.

Sebanyak 12 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 35 sederhana dan dua lagi dikategorikan baik.

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan hari ini di dua negeri yang terjejas teruk dengan bencana jerebu iaitu Melaka dan Johor. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");