Berita Hari Ini
Like

Jalan yang terjejas akibat runtuhan konkrit rod sudah siap dibaik pulih

June 20, 2013
75 Views
0 Comments
52 seconds read
Jalan yang terjejas akibat runtuhan konkrit rod sudah siap dibaik pulih

GEORGETOWN: Bahagian jalan yang terjejas akibat runtuhan konkrit rod penebat kilat di Jalan Macalister, di sini, sudah siap dibaik pulih, pagi ini.

Bagaimanapun, jalan sepanjang kira-kira 100 meter itu masih belum dibuka kepada orang ramai kerana kerja pembersihan di Menara UMNO didakwa masih belum disiapkan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata demikian ketika lawatannya ke lokasi kejadian runtuhan konkrit rod penebat kilat, sebentar tadi.

Dalam kejadian ribut yang melanda Pulau Pinang kira-kira jam 7 malam Khamis minggu lalu, konkrit rod penebat kilat runtuh seberat kira-kira 50 tan di atas Menara UMNO menghempap di atas jalan berkenaan menyebabkan dua terkorban manakala enam cedera serta merosakkan banyak kenderaan.

-BH Online

Komen & Pendapat

Leave a Reply