Perak Hari Ini

Jerebu: IPU Di Perak Catat Penurunan

Sehingga jam 10 pagi tadi, Indeks Pencemar Udara (IPU) di semua stesen pemantuan kualiti udara di Perak menunjukkan penurunan bacaan selepas hujan turun, petang semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar, IPU di Seri Manjung merekodkan bacaan 115, Tanjung Malim (100), Jalan Pegoh Ipoh (108), Jalan Tasek Ipoh (88) dan Taiping (67).

Pada jam 6 pagi semalam, semua stesen berkenaan mencatat kualiti udara tidak sihat paras melebilihi 100 iaitu Jalan Tasek (136); Jalan Pegoh Ipoh (171); Taiping (138), Seri Manjung (270) dan Tanjung Malim (174).

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya mengalami rasa gatal-gatal atau iritasi di bahagian hidung, kerongkong dan kulit.

Orang ramai juga dinasihatkan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

Golongan berisiko tinggi termasuk kanak-kanak, orang tua dan mereka yang berpenyakit dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah.

Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti sukan, riadah dan kegiatan di luar rumah.

Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih

Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penyaman udara dan menutup semua tingkap kenderaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

Para pemandu kenderaan pula dinasihatkan memasang lampu kenderaan apabila situasi penglihatan menjadi tidak baik semasa pemanduan bagi mengelakkan kemalangan jalan raya.

Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk tidak membuat pembakaran terbuka serta melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian kecemasan 999 atau Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau Bilik Kawalan JAS Perak di talian 05-2542744.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");