Berita Hari Ini

Jerebu: Masjid & Surau Seluruh Negara Diseru Adakan Solat Istisqa’

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau diseluruh negara mengadakan solat Istisqa’, solat khusus memohon agar ALLAH S.W.T. menurunkan hujan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, berikutan kualiti udara tidak sihat dan beberapa kawasan diisytihar darurat, solat Istisqa’ diharap mengurangkan kesan jerebu.

“Setelah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beliau berharap masjid, surau, NGO dan individu di seluruh negara mengadakan solat Istisqa’,” katanya pada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen, pada Isnin.

Justeru, Jamil Khir mengajak rakyat menyertai solat Istisqa’ yang diadakan di Masjid Negara pada Isnin selepas solat Zuhur.

Selain itu katanya, masjid di sekitar Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga akan mengadakan solat Istisqa’.

Tambah Jamil Khir, masjid, surau, individu juga boleh mengadakan solat hajat setelah mengadakan solat Istisqa’ .

“Solat Istisqa’ boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dikerjakan sama seperti solat hari raya yakni dengan tujuh kali takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, Jakim akan menghubungi Jakim, pejabat agama Islam negeri-negeri lain untuk memaklumkan mengenai solat Istisqa’.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");