Berita Hari Ini

JKKK elak amalan kroni

GONG LINGAI: Semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diingatkan agar tidak mengamalkan sikap kroni dalam pembahagian bantuan kepada penduduk sebaliknya mengambil kira kepada mereka yang layak sahaja.

Amaran keras itu diberikan Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman bagi memastikan tidak timbul sebarang pertikaian atau sikap tidak adil dalam kalangan pemimpin masyarakat hingga boleh mencetuskan suasana kurang senang dalam komuniti setempat.

“Saya berharap semua JKKK memainkan peranan dengan sebaiknya terutamanya dalam pengagihan bantuan supaya tidak timbul perbalahan dalam masyarakat serta mereka sepatutnya tidak layak tetapi tetap menerima bantuan.

“Oleh itu, JKKK perlu memiliki kesedaran dan rasa tanggungjawab tinggi serta bersikap adil terhadap penduduk di bawah kepimpinan mereka dan membuat penilaian berdasarkan status sebenar bukannya kerana mereka saudara atau kenalan rapat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Persekitaran Kawasan Rumah Kampung Gong Lingai 2013 di Dataran Gong Lingai, di sini, semalam.

Menurut Bazlan lagi, bagi memastikan pembahagian bantuan telus terhadap semua rakyatnya, beliau akan bertindak sebagai pemantau dalam pemberian senarai nama yang dicadangkan JKKK masing-masing.

“Tujuannya adalah untuk memastikan semua rakyat dalam kesusahan diberi pembelaan sewajarnya tanpa mengira apa fahaman dan ideologi politik yang mereka sokong kerana keutamaan kerajaan adalah memastikan semua rakyat diberi pembelaan,” katanya.

Sementara itu, johan pertandingan itu dimenangi Nawang Mamat dengan membawa pulang wang tunai utama berjumlah RM400.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");