Membawang Hari Ini

Julfekar disyaki alami slipped disc

Komposer Julfekar Ahmad Shah, 49, dikejarkan ke hospital akibat penyakit slipped disc.

Menurut Julfekar, hasil pemeriksaan, doktor telah mengesyaki dan mendapati tulang belakangnya tergelincir dan bergesel.

?Akibat penyakit itu doktor menasihatkan saya supaya berehat selama tujuh hari dan akan menjalani rawatan lanjut pada 12 Julai ini.

“?Saya betul-betul rasa sakit dan rasa mahu pitam pagi tadi setelah terjatuh serta terbaring ketika hendak bermain badminton bersama dua artis saya, Min Yasmin dan Hafeez Hai. Nasib baik mereka ada membantu saya,” katanya yang dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira pukul 11.15 pagi.

Julfekar kini sibuk menyiapkan dua buah lagu raya terbarunya serta mempromosikan album terbaru Pinay Lullaby.

Paling menarik, album tersebut memuatkan 14 buah lagu berbahasa Melayu dan Tagalog hasil nyanyian Min Yasmin dan Nikki Bacolod, manakala sebuah lagu yang berjudul Hilangkanlah dalam alabum itu telah dipilih menjadi lagu tema drama Derhaka Seorang Madu. – UTUSAN

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");