Jenayah

Kastam Perak rampas rifel angin, tujuh senjata api tiruan

 

IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas selaras rifel angin dan tujuh senjata api tiruan yang boleh membawa maut jika disalahgunakan.

Pengarah KDRM Perak, Datuk Mohd Nasir Said, berkata berikutan rampasan itu, pihaknya menahan seorang pelajar berusia 15 tahun yang mengimport lima daripada senjata api berkenaan pada Sabtu lalu.

Katanya, pelajar itu membuat pesanan melalui pos sebelum kesemua senjata api itu dikesan mesin pegimbas unit Kastam Pos sebaik pesanan itu tiba di Pos Malaysia di sini.

Katanya, tiga lagi termasuk satu dalam bentuk alat ganti dirampas sebelum itu di kawasan sempadan di Pengkalan Hulu.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");