Berita Hari Ini

Kemudahan daftar haji menerusi mesin ATM

Orang ramai kini boleh melakukan pendaftaran haji menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tanpa perlu lagi berkunjung ke kaunter Tabung Haji (TH).

Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Kamarudin Mat Ali berkata, kemudahan itu disediakan di mesin ATM Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad.

“Individu berkenaan mestilah mempunyai akaun TH dengan simpanan minimum RM1,300 dan pemegang kad bank berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu beliau berkata orang ramai juga boleh mendaftar haji secara online menerusi laman web Tabung Haji di www.tabunghaji.gov.my.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");