Perak Hari Ini

Kolej Universiti Sultan Azlan Shah Akan Dinaiktaraf Secepat Mungkin

Exco Pendidikan Islam negeri Perak, Mohd Nizar Zakaria, memberitahu pihaknya akan membincangkan kaedah terbaik dalam mempercepatkan proses naiktaraf Kolej Universiti Sultan Azlan Shah menjadi Universiti Sultan Azlan Shah.

“Kita akan usahakan dalam masa terdekat ini untuk menaikkan taraf kolej tersebut menjadi institut pengajian tinggi berperingkat universiti.

“Ini adalah salah satu manifesto untuk mengangkat kolej sebagai universiti yang dilihat sebagai transformasi berharga yang bersifat ilmu pengetahuan bagi kerajaan negeri,” jelasnya.

Beliau berharap agar pucuk pimpinan negeri turut memainkan peranan penting dalam mencapai hasrat ini supaya pendekatan menjadikan kolej ini ke tahap universiti dapat dilaksanakan dengan segera mengikut keadaan semasa.

“Kerajaan negeri akan melaksanakan kerja menambahbaik kolej tersebut bagi menampung keperluan pelajar yang semakin bertambah,” kata beliau.

Nizar turut menjelaskan peluang pelajar-pelajar yang berpotensi melanjutkan pelajaran ke luar negara juga besar apabila pihaknya sedang berurusan dengan universiti di Madinah dalam satu kerjasama membantu meningkatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar.

“Setelah dinaiktaraf menjadi kolej universiti pada tahun 2012, pendaftaran mahasiswa dan mahasiswi yang menimba ilmu di sini dianggarkan melebihi 3,000 orang.

“Impak ilmu yang dipelajari dilihat begitu memberangsangkan khususnya melalui aspek modal insan apabila ramai graduan daripada kolej ini telah berjaya dan bekerja, sama ada di sektor awam mahupun swasta,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");