Isu Panas

Lantik Saifuddin hak negeri, tak perlu penjelasan

Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu memberikan penjelasan berhubung pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar kepada mana-mana pihak, seperti mana yang disuarakan oleh Timbalan Presiden PKR, Isnin lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri mempunyai kuasa melantik mana-mana individu yang layak untuk membantu menjayakan program kebajikan dan pembangunan luar bandar seperti mana yang termaktub manifesto Pakatan Rakyat Selangor pada PRU13, 5 Mei lalu.

“Tak payah bincang (perjelas) apa yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk mencari cari individu yang punyai keupayaan untuk laksnakan manifesto yang telah kita bentangkan dalam PRU13 lalu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco Selangor, di Pejabat Kerajaan Negeri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mohamed Azmin Ali yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor yang mendesak kerajaan negeri supaya memberikan penjelasan tentang pelantikan jawatan itu yang dikatakan setara dengan jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar.

Sinar Harian memetik kenyataan Azmin yang berkata, pelantikan itu juga merupakan satu pembaziran wang rakyat susulan jawatan sama telah dijalankan sebelum ini oleh Faekah Husin.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Saifuddin bersama pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) pada minggu depan bagi
membincangkan pembangunan luar bandar yang akan diterajui Setiausaha Agung PKR itu.

Selain itu katanya, isu tuntutan Pas dan DAP terhadap jawatan yang setara dengan Saifuddin turut akan dibincangkan dalam pertemuan itu.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai status jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim di negeri itu, katanya beliau masih kekal sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");