Isu Panas

Lebih Baik Siasat Penyelewengan Di Selangor Dari Buang Masa Siasat SPR

Kerajaan Selangor diminta agar menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembangunan negeri Selangor, daripada terus membuang masa dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan bertujuan menyiasat pelanggaran hak oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) seperti mana kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini.

Menurut Ahli Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Zohdi, kerajaan Selangor usah membuang masa rakyat di negeri ini dengan meneruskan politik ekstrem cara pembangkang dan secara berterusan menyemaikan politik kebencian di kalangan rakyat.

“Sudah-sudahlah tu. Jangan buang masa lima tahun ini untuk berpolitik sepanjang masa. Fokus pada pembangunan negeri dan rakyat.

“Kalau betul-betul kepimpinan kerajaan negeri yang diwakil oleh parti PKR tidak percaya kepada SPR, mengapa mereka angkat sumpah? Hari ini mereka sudah pun mengangkat sumpah jawatan dan ini bermakna mereka menerima keputusan PRU baru-baru ini. Nak siasat apa lagi?,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar , jika benar-benar SPR berat sebelah, Selangor tidak akan dimenangi oleh PKR kerana sudah pasti SPR akan mencatur kemenangan di Selangor untuk kembali di bawah pemerintahan BN.

“Tapi hakikatnya, PKR berjaya memenangi PRU di Selangor. Jadi, ini adalah bukti di mana tiada sebarang penyelewengan, penipuan dan sikap berat sebelah SPR terhadap mana-mana parti politik. Jika tidak, sudah tentu SPR akan catur kemenangan BN di Selangor, kerana negeri ini merupakan antara negeri yang berpendapat tinggi di dalam negara,”ujarnya.

Katanya lagi, adalah lebih baik kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menumpukan perhatian terhadap segala permasalahan rakyat di Selangor, termasuklah menyelesaikan mana-mana janji mereka yang belum ditunaikan pada penggal yang lalu.

“Daripada membuang masa menyiasat SPR berdasarkan perkara yang tidak ada asas dan buktinya, saya rasa adalah lebih baik kerajaan negeri menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat isu-isu penyelewengan di Selangor, termasuklah isu janji-janji mereka yang masih tidak terlaksana,” ujarnya. -MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");