Jenayah

Mayat dipercayai dikerat, dibakar

KUANTAN – Pihak polis menjumpai cebisan mayat dipercayai dikerat sebelum dibakar di Jalan Susur Gotong Jaya, Genting Highlands kira-kira jam 5.15 petang kelmarin.

Beberapa cebisan yang dijumpai di kawasan semak itu dipercayai mayat seorang wanita namun identiti masih belum dapat dikenal pasti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, cebisan kira-kira 40 peratus anggota badan itu ditemui seorang lelaki yang ingin membuang air kecil di kawasan semak itu.

Menurutnya, pihak polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibakar di kawasan semak berkenaan.

“Cebisan yang dibalut dengan surat khabar dan diletakkan di dalam plastik itu dibakar menggunakan minyak tanah berdasarkan bau yang ada.

“Pihak polis akan mendapatkan lapo-ran pemeriksaan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa,” katanya.

Siasatan awal mendapati, berkemungkinan mayat itu dibunuh tidak kurang 48 jam dan tidak lebih 72 jam.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");