Jenayah

Murid tahun dua lemas di pantai Sura Hujung

DUNGUN – Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Sultan Omar di sini, mati lemas ketika mandi di pantai peranginan Sura Hujung dekat Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Superitendan Dahlan Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pukul 7.30 pagi ketika Nurul Nabilah Zubir, 8, sedang berkelah bersama ibu bapa dan lima adik-beradiknya.

Kejadian itu juga nyaris meragut nyawa ibunya Norizah Sulaiman, 41, yang turut lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa, katanya kepada pemberita, di sini.

Menurut Dahlan, ketika kejadian mangsa sedang mandi di tepi pantai apabila tiba-tiba dihanyutkan ombak, menyebabkan ibunya, guru di Sekolah Menengah Seri Dungun, cuba menyelamatkan mangsa namun dia sendiri turut lemas.

Melihat keadaan itu, ketua keluarga Zubir Nordin, 47, bertindak terjun ke laut dan berjaya menyelamatkan isterinya, manakala Nurul Nabilah dihanyutkan arus, kata Dahlan.

“Jenazah mangsa ditemui ayahnya yang bertindak terjun ke laut selepas ternampak baju yang dipakai anaknya itu di dasar laut sebelum membawanya naik ke daratan dan memberi bantuan pernafasan,” katanya.

Nurul Nabilah bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Dungun.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");