Isu Panas

Naib Presiden PAS Husam Musa Ditahan

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ditahan oleh pihak polis pada Sabtu.

Menurut posting di akaun Twitter milik Husam berkata beliau ditahan di Desa Pandan dan di kini sedang di bawa ke Balai Polis Ampang.

Sementara itu satu posting di laman sosial Facebook dibuat pada pukul 4.39 petang memberitahu bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu ditahan oleh polis cawangan Bukit Aman dan di bawa ke Balai Polis Ampang ekoran satu laporan polis telah dibuat di Desa Pandan, Ampang.

Beliau akan dibawa ke Kelantan untuk disiasat di bawah Akta Hasutan.

Pemangku Ketua Polis Selangor A. Thaiveegan mengesahkan mengenai penahanan Husam dan berkata kes berkenaan dikendalikan Bukit Aman.

Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan pembangkang di Padang Merbok pada Sabtu dianggap sebagai mati syahid.

Kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan itu.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");