Berita Hari Ini
Like

Najib utus surat kepada Susilo

June 26, 2013
82 Views
0 Comments
1 minute read
Najib utus surat kepada Susilo

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengutus surat kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono untuk memohon kerjasama republik itu supaya menguatkuasakan tindakan lebih berkesan terhadap pihak yang menyebabkan masalah jerebu.

Perdana menteri berkata, beliau juga meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri, G Palanivel supaya menemui rakan sejawatannya dari Indonesia berhubung perkara itu pada Rabu ini.

“Soalnya bukan siapa milik ladang berkenaan tetapi kesalahan yang berlaku tidak kira sama ada milik Indonesia, Malaysia atau Singapura, asalkan mereka melakukan kesalahan, tindakan perlu diambil,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan untuk menangani masalah jerebu yang melanda negara.

Najib berkata, Malaysia turut menawarkan kapal terbang water bomber yang boleh membantu memadamkan kebakaran di kawasan yang terjejas.

“Kapal terbang ini sedut air yang boleh disimbah ke kawasan yang sedang terbakar dan boleh memadamkan api walaupun dari kawasan yang dikatakan peat soil (tanah gambut).

“Ini bukan begitu mudah sebab api itu di bawah permukaan dan ia memerlukan tindakan yang lebih berat untuk memadamkan api tersebut,” katanya.

Najib memberitahu solat Hajat khas akan diadakan di Masjid Negara hari ini bagi mendoakan agar hujan sebagai antara langkah menyelesaikan masalah jerebu.

– BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply