Membawang Hari Ini

Neelofa Tuntut Hutang RM5,000 Dari Shahz Jaszle

Nampaknya dugaan bertimpa-timpa buat pelakon Shahz Jaszle. Bermula dari kes ditangkap khalwat, isu perempuan misteri hinggalah isu putus tunang dan kini Shahz berdepan pula tuntutan hutang daripada pelakon Neelofa.

Neelofa dikatakan menghantar SMS kepada Shahz pada hari yang sama pertemuaannya dengan gadis yang bernama Farah di Bangsar tempoh hari untuk membincangkan isu khalwat mereka.

Tindakan Shahz menunjukkan SMS daripada Neelofa itu pada awalnya untuk memberitahu bahawa dia dicari oleh ramai wanita di luar sana sambil menunjukkan nombor telefon Neelofa.

Namun, tindakan Shahz itu memakan diri sendiri apabila salah seorang krew media yang berada ditempat kejadian turut menerima SMS yang sama dari Neelofa dan mengatakan bahawa tujuan SMS itu dihantar kepada Shahz adalah untuk menuntut hutang sebanyak RM5,000 daripadanya.

Mungkin, peminjaman wang itu berlaku sewaktu Shahz dan Neelofa pernah rapat dan menjalinkan hubungan suatu ketika dulu selepas kedua-dua selebriti ini membintangi filem yang sama iaitu Azura.

Perkara itu juga turut diketahui oleh Farah yang juga berada di tempat kejadian. Nantikan cerita selanjutkan dari Shahz Jaszle sendiri.

 

– Oh!Artis-

http://ohartis.com/2013/06/neelofa-tuntut-hutang-rm5000-dari-shahz-jaszle/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");