Perak Hari Ini

Nizar Cabar Anwar Jangan Hadir Majlis Angkat Sumpah

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan Koperasi Perak, Mohd Nizar Zakaria mencabar pemimpin Pakatan Rakyat tidak menghadiri majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat, Isnin ini.

“Jika ‘Blackout 505’ dikatakan yang terbesar mahu dilakukan di Padang Merbok esok  tanda boikot mereka (pembangkang) terhadap sistem SPR semasa PRU-13 dulu, saya cabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jangan hadir pada majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat, 24 Jun ini.

“Pilihan raya umum sudah selesai, cukuplah dengan aktiviti memprotes ini kerana rakyat sudah muak dengan keadaan dan tohmahan yang dilakukan,” katanya di sidang media selepas merasmikan Hari Guru Peringkat Daerah Perak Tengah 2013 di Bota.

Menurut Nizar, tindakan Anwar melambangkan beliau tidak langsung mengiktiraf kejayaannya serta beberapa pemimpin parti pembangkang lain yang telah menang di kawasan masing-masing.

“Sepatutnya, kita perlu susun strategi untuk membantu rakyat, bukannya menyusahkan hidup rakyat.

“Sama ada pemimpin yang dipilih itu dari BN mahupun PR, rakyat mahu melihat apa misi yang akan kita jalankan dalam mengubah hidup masyarakat,” tegas Nizar.

Selepas PRU berakhir, wujud tindakan memboikot di beberapa kawasan.

“Sekarang saya lihat sudah ada berlakunya tindakan memboikot..ada yang sembahyang di surau berasingan dan apabila ada kematian, penyokong UMNO tidak boleh bersama-sama menolong,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, beliau meminta rakyat supaya tidak diperbodohkan pembangkang yang sering memomokkan perasaan benci terhadap kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Rakyat perlu sedar agenda pembangkang, hindarkan dan jangan diberi apa jua bentuk kepercayaan kepada mereka (pembangkang),” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");