Berita Hari Ini
Like

Pandikar Kekal Speaker Dewan Rakyat

June 24, 2013
58 Views
0 Comments
1 minute read
no-cover

Tan Sri Pandikar Amin Mulia dimasyhurkan buat kali kedua sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.

Pelantikan Pandikar Amin, 58 dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Pandikar Amin menang dalam pertandingan memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan mendapat undi majoriti 133 undi.

Pandikar Amin menewaskan calon yang dicadangkan pembangkang iaitu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.

Pencalonan Abdul Kadir dicadangkan Tan Sri Abdul Khalid (PKR-Bandar Tun Razak) dan disokong Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Sebelum mengangkat sumpah, Pandikar Amin yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipakaikan songkok dan jubah oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah dan pembantunya.

Tokoh politik veteran dari Sabah itu pernah dilantik sebagai Senator dan menjadi Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (Akar Bersatu) yang kini sudah dibubarkan.

– mStar

Komen & Pendapat

Leave a Reply