Kolumnis

Pecacai Kata, Hidupkan Ordinan Darurat Sama Seperti U-Turn Undang-Undang Rimba

Semakin ramai yang memperkatakan tentang peningkatan kadar jenayah serta sebab-musabab yang menjurus kepada peningkatan itu. Bagi pihak Pakatan, yang dipersalahkan adalah PDRM sepertimana yang dikatakan, kononnya polis terlalu banyak memberikan perhatian dan pemantauan terhadap ahli-ahli politik Pakatan berbanding menjaga keselamatan dan mengatasi masalah jenayah.

Teori sebegitu, telah diterima dengan senang hati oleh para pecacai Pakatan Rakyat. Malah mereka turut mengembangkan teori tersebut dengan menggambarkannya sebagai masalah yang diabaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kerana terlalu memberi perhatian untuk menjaga kuasa berbanding menjaga keselamatan rakyat.

Namun yang paling menarik ialah apabila para pecacai Pakatan Rakyat secara berterus-terang menyatakan, Akta Ordinan Darurat telah disalahgunakan oleh polis untuk menekan pembangkang di Malaysia, bukannya untuk mencegah jenayah.

Sama ada mereka buta atau sebenarnya memang dari jenis yang kuat berbohong, Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah banyak membantu negara ini diamankan dan disejahterakan sehinggakan para pecacai itu sendiri boleh dan jadi pandai bercakap. Tanpa Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, besar kemungkinan mereka sekarang ini hanyalah tikus di pasar.

Dari awal lagi telah dijangkakan, pembangkang sememangnya berkecenderungan untuk memansuhkan semua undang-undang pencegahan di negara ini. Apa yang berlaku pada tahun 1969 sehingga kekuatan chinabeng dapat ditumpaskan menerusi penangkapan dan penahanan figur-figur chinabeng yang sebahagian daripada mereka, masih lagi berkuasa di singgahsana politik seperti Lim Kit Siang, menjadi kekuatan untuk mereka untuk menumpaskan undang-undang berkenaan.

Dari setahun ke setahun, dari semasa ke semasa, mereka mencari-cari jalan agar Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh UMNO, terpedaya dan akhirnya menurut kehendak mereka. Sehinggalah akhirnya pada tahun 2011, mereka berjaya melakukannya setelah berjaya memperdaya kepimpinan negara sebelum itu dengan dasar terbuka dan liberalisasi yang keterlaluan melibatkan perundangan dan kehakiman.

Semuanya hanya menunggu masa. Sebaik-baik sahaja Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negara dihapuskan selain daripada pembebasan lebih 2000 orang pesalah di bawah akta tersebut, peningkatan jenayah mulai ketara. Lebih banyak rumah urut, pusat maksiat, penjualan dadah selain pemerdagangan manusia berleluasa di negara ini.

Jenayah organisasi terancang seperti Kongsi Gelap dan sindiket-sindiket jenayah juga bertambah dengan pantas. Manakala pembunuhan kejam melibatkan senjata api, bagaikan tidak terbendung.

Golongan mana sebenarnya yang berjaya meraih keuntungan besar daripada perisytiharan pemansuhan akta-akta serta undang-undang berkenaan? Dan mengapa pula mereka lebih senang meletakkan kesalahan kepada pihak polis dalam usaha untuk melindungi perbuatan jahat mereka atau lebih tepat lagi, mengalihkan perhatian daripada isu sebenar?

Tiada undang-undang yang bersifat jumud atau mengundur sepertimana yang cuba dilabelkan oleh SUARAM mahupun para pecacai Pakatan Rakyat. Amerika Syarikat yang suatu ketika dahulu telah memansuhkan hukuman mati, kini merupakan antara negara yang mengamalkannya. Bahkan baru dua hari sudah, negeri Texas di Amerika Syarikat telah menjalankan hukuman suntikan maut ke atas seorang pesalah wanita dari bangsa Afrika-Amerika kerana kesalahan membunuh dan merompak.

Beberapa negara yang menganggap hukuman mati sebagai hukuman zaman rimba, kini sudah mula mempertimbangkan penggunaannya semula sekaligus mencetuskan perdebatan hebat di kalangan penggubal undang-undangnya. Ini adalah kerana peningkatan kadar jenayah kekejaman termasuklah pemerdagangan manusia, memerlukan kaedah yang lebih berkesan untuk menanganinya berbanding kaedah pemenjaraan yang lebih banyak menelan kos dan penggunaan tenaga kerja.

Sudah sewajarnya Ordinan Darurat yang dimansuhkan dua tahun lepas, perlu dikaji semula dan diperkemaskan kalaupun tidak dapat mengembalikannya seperti asal. Malaysia yang merupakan transit dadah dan pemerdagangan manusia antarabangsa, sememangnya amat memerlukan akta dan undang-undang begitu. Apatah lagi di kalangan ahli-ahli dan penggiat-penggiat politik pula, mereka tidak mempunyai sebarang garis panduan yang boleh memaksa mereka untuk akur kepada peraturan sehinggakan ada sebahagian daripada mereka bekerjasama dengan musuh negara semata-mata untuk memastikan mereka menjadi Kerajaan Malaysia!!!

Hanya golongan yang berfikiran beku dan jenis anjing berkepala babi sahaja yang akan menentang Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri daripada dikembalikan mengembalikan SOSMA yang kelihatan amat lemah dan sukar dikuatkuasakan!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");