Membawang Hari Ini

Peminat Taylor Swift mengamuk

SYARIKAT pengeluar pakaian terkenal Abercrombie & Fitch baru-baru ini dipaksa menghentikan pengeluaran kemeja T atas desakan peminat setia penyanyi remaja Taylor Swift.

Para peminat penyanyi itu naik berang apabila syarikat berkenaan mencetak ayat ‘#more boyfriends than t.s.’, (lebih banyak kekasih dari t.s) di kemeja T berkenaan. Ayat yang dianggap kebudak-budakan serta menyakitkan hati itu dikatakan menggambarkan keadaan hubungan Swift dengan beberapa lelaki sebelum ini.

Bagaimanapun ekoran dari bantahan itu, Abercrombie & Fitch akhirnya akur untuk menarik balik penjualan kemeja T itu dan meminta maaf di atas kesilapan mereka melalui Twitter.

“Hai #swifties kami tidak lagi menjual baju tersebut. Kami juga sukakan muzik Taylor dan percaya dia adalah seorang yang hebat,” jelas wakil syarikat di Twitter.

Salah seorang peminat tegar Swift juga sempat melepaskan tweet kemarahannya dengan memberitahu keputusan syarikat itu untuk mengeluarkan baju berkenaan sebagai satu kesilapan besar.

“Apa yang dilakukan Abercrombie & Fitch adalah satu kerugian besar, Taylor mempunyai pengikut seramai 20 juta orang di Twitternya. Saya tidak akan membeli jenama Abercrombie & Fitch lagi. Saya harap mereka akan jatuh muflis,” katanya.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");