Jenayah

Peniaga dipenjara 13 tahun sebabkan kematian

ALOR SETAR – Seorang peniaga kedai runcit dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana menyebabkan kematian seorang remaja lelaki dalam satu pergaduhan dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan K.Angamuthu, 55, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Angamuthu didapati bersalah menyebabkan kematian M.Perianaickar, 19, di hadapan Kedai Tuak, Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Bedong pada 11.55 malam, 28 Ogos 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Mohd Zaki dalam penghakimannya berkata, mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam dan keadaan kes sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

“Dalam pembelaan, tertuduh tidak menafikan telah bergaduh dengan si mati kerana dia telah mengeluarkan kata-kata provokasi yang besar sehingga tertuduh hilang pertimbangan dan bergaduh dengannya,” katanya yang menjatuhkan hukuman penjara bermula dari tarikh Anganmuthu ditangkap.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norshuhada Mohd Yatim manakala Angamuthu diwakili peguam RSN RAyer.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");