Isu Panas

Penunjuk Perasaan Cuba Rempuh Penghadang Polis Di Parlimen

Kumpulan aktivitis yang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Parlimen pada pagi Isnin cuba untuk merempuh penghadang polis sehingga menyebabkan berlaku pergelutan.

Beberapa penunjuk perasaan telah ditahan.

Mereka diarahkan untuk bersurai dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk bersurai dilihat bersedia untuk melepaskan gas pemedih mata.

Terdahulu, sekumpulan kecil penunjuk perasaan berkumpul di depan Parlimen menjelang upacara angkat sumpah anggota Parlimen pada Isnin.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat berada disepanjang laluan masuk ke Parlimen bagi mengawal keadaan.

Polis mengawal laluan masuk ke Parlimen untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, penganjur menasihatkan kumpulan tersebut untuk duduk di laluan pejalan kaki.

Mereka mahu menyerah memo mengenai isu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Perdana Menteri.

Kumpulan tersebut membawa sepanduk yang menuntut panel SPR supaya meletak jawatan dan mengenai isu kematian tahanan dalam lokap.

Anggota Parlimen dari kedua-dua parti dilihat mula memasuki Parlimen.

Sementara itu, beberapa aktivis yang berkhemah di Padang Merbok sejak Sabtu lalu mula berarak menuju ke Parlimen.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");