Jenayah

Proton Saga misteri ditemui di Pantai Sepat

Proton Saga ini didakwa tersadai di Pantai Sepat sejak sebulan lalu:-

KUANTAN – Sebuah kereta yang tersadai di Pantai sejak sebulan lalu menjadi tanda tanya penduduk setelah dilihat tidak ada individu yang memilikinya.

Justeru penduduk meminta pihak berkuasa melakukan sesuatu bagi mengelak kenderaan itu menjadi sasaran pencuri.

Pengadu, Eddy, 30-an, berkata, selepas beberapa kali berjoging di kawasan pantai itu, dia menyedari kereta jenis Proton Saga yang tersadai di kawasan tersebut.

Menurutnya, curiga dengan situasi itu, dia mengambil keputusan membuat laporan polis.

“Selepas polis membuat siasatan, kereta itu disahkan sebagai kereta curi dan ditinggalkan pihak tertentu.

“Bagaimanapun, selepas siasatan dilakukan, kereta itu masih tersadai di sini sejak tiga minggu lalu,” katanya ketika ditemui di sini.

Eddy berkata, pihak berkuasa perlu bertindak segera mengalihkan kereta berkenaan kerana bimbang berlaku kecurian pada kenderaan itu.

Katanya, keadaan kenderaan itu sudah tidak sempurna kerana terdapat komponen yang sudah hilang.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");