Berita Hari Ini

Ribut: Pemilik bangunan Menara UMNO sewa kren turunkan rasuk

GEORGETOWN: Pemilik bangunan Menara UMNO, Jalan Macalister, di sini, JKP Sdn Bhd sudah menyewa sebuah kren yang akan menurunkan rasuk (beam) yang tergantung di menara berkenaan berikutan kejadian ribut semalam.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Adzmi Ariffin, berkata kren berkenaan dijangka tiba sejam dari sekarang bagi menurunkan rusuk berkenaan.

“Rasuk berkenaan akan diturunkan bagi memberi laluan kerja membaiki jalan rosak akibat paip utama pecah berikutan dihempap rod penangkap kilat.

“Bangunan ini dijangka selamat digunakan oleh pekerja pada Isnin ini dan pihak kami akan memberikan sumbangan berbentuk kewangan kepada keluarga mangsa,” katanya.

Insiden berkenaan menyebabkan penduduk sekitar Jalan Datuk Keramat, Kampung Jawa, KOMTAR dan Jalan Anson, di sini, mengalami gangguan bekalan air.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");