Sukan Hari Ini

Sathianathan hilang tempat mengadu

KETIADAAN Penolong Jurulatih Liga Super Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kamaruddin Mohd Nor ternyata memberi impak dalam diri B Sathianathan, lapor NURUL RIDUAN NOR ASHAHA.

Biarpun Kamaruddin tidak terlibat dalam latihan skuad ATM, namun pemergian Kamaruddin atau lebih dikenali Che Din ternyata merupakan kehilangan yang besar
“Kalau ada masalah saya akan mengadu padanya. Saya akan kongsi dengannya dan pasti ada jalan penyelesaian.

“Kini tidak lagi. Saya terpaksa pendam semuanya. Biarpun dia tidak terlibat dalam mengendalikan latihan ATM, tetapi kehilangannya tetap dirasai oleh semua,” katanya.

Allahyarham Kamaruddin, 56, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, akibat serangan jantung, 5 Jun lalu.

Allahyarham merupakan bekas pemain kebangsaan dan Kelantan pada tahun 1970-an serta pernah membimbing skuad Piala Presiden dan Liga Perdana tidak lama dahulu dan menjawat jawatan Penolong Jurulatih ATM pada tahun lalu.

Beliau berkata, walaupun ketiadaan Kamaruddin, namun semangat Che Din tetap berada dalam dirinya termasuk semua pemain ATM.

Dalam perkembangan lain, ATM akan bertemu pasukan Liga Perdana, Sime Darby dalam perlawanan persahabatan yang dijadualkan berlangsung, esok.

Katanya, perlawanan itu penting dalam memastikan rentak pasukan tidak terjejas tatkala Liga Super dihentikan hampir sebulan bagi beri laluan kepada skuad Harimau Malaya jalani latihan sempena kelayakan Piala Asia 2015.

“Biarpun perlawanan persahabatan, ia penting. Kami perlu sentiasa sedia beri saingan terhadap Lions XII dan Johor DT,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");