Sukan Hari Ini

Selamat jalan Azzuddin

AKHIRNYA, Datuk Azzuddin Ahmad akan melepaskan jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang disandang sejak 17 September 2007.

Jelasnya, beliau selepas ini dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) berkuat kuasa 1 Julai ini.

“Saya ingin memaklumkan telah terima surat pelantikan jawatan itu daripada Presiden AFF, Sultan Ahmad Shah semalam.

“Di kesempatan ini, saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua editor, penerbit dan wartawan sukan media cetak dan elektronik, yang telah beri kerjasama dan bantuan dari segi terutamanya liputan sukan bola sepak negara.

“Saya ambil iktibar dari semua kritikan membina dan terima kritikan negatif dengan hakikat dalam apa jua isu wujudnya pendapat dan fahaman berlainan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi FAM semalam.

Azzuddin juga memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan dalam FAM, beliau terkasar bahasa dan tersalah laku terhadap mana-mana pihak.

Menurutnya, beliau berharap dapat kerjasama dan bantuan dari semua pihak apabila beliau jawatan barunya kelak.

Meja Sukan Sinar Harian mengucapkan selamat maju jaya buat Azzuddin dan segala jasa beliau membangunkan bola sepak negara dikenang sampai bila-bila.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");