Membawang Hari Ini

Shahrizal Jaszle Putus Tunang

PETALING JAYA: Pertunangan antara pelakon Sharizal Jaszle dengan pelajar jurusan perubatan Redzwani Puteri, 25, dilaporkan berakhir sejak 10 hari lalu.

Akhbar Berita Harian melaporkan perkara tersebut telah disahkan oleh saudara pihak perempuan bahawa keluarga Redzwani telah memutuskan hubungan tersebut pada 10 Jun lalu.

“Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu nemanya dikaitkan lagi dengan Shah.

“Kami tidak mahu dia dikenali senagai tunang Shah lagi kerana hubungan mereka sudah berakhir pada hujung minggu lalu,” ujar wanita itu.

Perbincangan tersebut hanya melibatkan ibu bapa kedua-dua belah pihak sahaja tanpa disertai Sharizal dan Redzwani.

Pihak perempuan difahamkan turut memulangkan dua bentuk cincin pertunangan sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember lalu.

Sementara itu, wanita itu turut menolak dakwaan wanita yang merupakan pasangan khalwat Shahrizal mendakwa pertunangan tersebut diaturkan oleh keluarga.

“Perkara ini agak sensitif, kami tidak rasa pertunangan ini berlaku atas paksaan, sebaliknya mereka suka sama suka.

“Jika secara paksaan sudah tentu majlis tidak dilakukan secara besar-besaran,” jelasnya.

Terdahulu, pada 16 Mei lalu Shahrizal telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");