Isu Panas

Siri Jelajah Taklimat Pemilihan UMNO Pastikan Kaedah Pemilihan Baru Dapat Dilaksanakan Sempurna

Siri jelajah Taklimat Pemilihan UMNO berhubung kaedah perlaksanaan dan tatacara pemilihan UMNO berdasarkan pindaan perlembagaan yang telah diputuskan oleh mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 2009, akan dijalankan di seluruh negara bagi memastikan bahawa kaedah pemilihan baru ini dapat dilaksanakan dengan sempurna di peringkat cawangan dan bahagian di setiap negeri.

Menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab. Rauf Yusoh, siri taklimat ini diadakan bagi menerangkan secara terperinci dan mendalam berhubung tatacara perlaksanaan pemilihan mengikut kaedah pindaan perlembagaan UMNO yang baru.

“Ia merujuk kepada banyak perkara berhubung pindaan perlembagaan UMNO yang akan diperincikan di dalam siri-siri taklimat ini. Terutamanya berhubung tiada lagi pencalonan kelayakan bagi mereka yang ingin bertanding, berkenaan hari pencalonan dan persediaan untuk hari pencalonan.

“Sebagai contoh, bagi mereka yang merasa layak untuk bertanding dalam peringkat pemilihan bahagian dan pusat, mereka kini hanya perlu mengisi borang saja.

“Bagaimanapun ada juga syarat-syarat tertentu untuk bertanding sebagai contoh, mereka yang ingin bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi, mereka mestilah pernah memegang jawatan sekurang-kurangnya selama satu penggal di peringkat bahagian,” jelas beliau kepada pemberita setelah selesai sesi taklimat UMNO negeri Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Sabtu.

Begitu juga bagi mana-mana ahli UMNO yang ingin bertanding jawatan AJK di peringkat bahagian juga mestilah pernah memegang jawatan AJK Cawangan selama sepenggal.

Manakala berkenaan tarikh pemilihan di peringkat bahagian dan pusat, menurut Rauf ia masih belum diputuskan diperingkat majlis tertinggi UMNO.

“Setakat ini, hanya tarikh pemilihan cawangan saja yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO iaitu bermula pada 15 Julai ini sehingga 31 Ogos akan datang.

“Manakala tarikh pemilihan peringkat bahagian dan pusat pula hanya akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi sebaik saja selesai siri taklimat penerangan tatacara pemilihan ini di seluruh negara,” ujarnya.

– Umno Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");