Membawang Hari Ini

Siti Nurhaliza Cadang Ambil Anak Angkat Palestin

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bercadang untuk mengambil dua orang anak angkat dari Palestin dalam usaha meringgankan beban penduduk negara Islam yang ditindas rejim Israel itu.

Siti, 34, berkata, pengambilan anak angkat itu adalah dari segi penyaraan kos pembiayaan sara hidup mereka sehingga dewasa.

“Ya… saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat.

“Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Amal Rebuild Gaza For A Nation, di sini, Sabtu.

Tambah Siti, bagaimanapun perkara tersebut akan dibincangkan secara mendalam dengan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti berkata, dia dan keluarga memasang impian untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keadaan kehidupan masyarakat di Gaza.

“Saya banga ramai rakan artis dah menjejakkan kaki di sana, Insyaallah saya sendiri memang bercita-cita untuk ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya ke bumi Gaza.

“Saya selalu mendengar cerita bahawa berada di sana lebih tenang dan tidak seperti digambarkan di dada-dada akhbar,” katanya.

Pada Majlis tersebut, Siti turut menerima Anugerah Kemanusiaan daripada Majis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) sebagai tanda sokongan kepada usaha yang dilakukan organisasi tersebut dalam membantu masyarakat Palestin.

“Saya bersyukur kerana diberi penghormatan biarpun sumbangan saya yang sedikit kepada penduduk Gaza berbanding apa yang telah Mapim lakukan.

“Namun saya berharap ramai lagi rakan artis dan orang ramai lebih perihatin dengan kesusahan rakyat di negara itu,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Halim dan kumpulan Rabbani.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");