Perak Hari Ini

SKM Pantau Operasi 1,020 Koperasi Di Perak

Kerajaan negeri dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memantau operasi dan aktiviti yang dilaksanakan 1,020 koperasi di seluruh Perak bagi memastikan ia terus berdaya saing sekaligus memberi pulangan yang baik kepada ahli-ahlinya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Nizar Zakaria, berkata pengumpulan maklumat berkaitan setiap koperasi akan disimpan dalam bank data SKM sebagai rujukan di masa akan datang.

“Kita akan pantau operasi dan aktiviti setiap koperasi di Perak dengan kerjasama SKM dan antara maklumat yang dikumpulkan termasuklah jumlah ahli, keseluruhan modal serta aset yang dimiliki mereka.

“Dengan wujudnya data yang lengkap, ia diharap dapat memberi motivasi kepada koperasi yang lain untuk turut sama menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi negeri dan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agong Perwakilan Tahunan Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Nizar berkata, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad wajar dicontohi kerana mampu mengeluarkan zakat perniagaan berjumlah RM30,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di atas keuntungan yang diperolehinya.

Bertunjangkan sektor perladangan, koperasi yang mempunyai 25,000 ahli di seluruh Perak itu turut memiliki aset yang membolehkan ia terus kekal berdaya saing.

“Di bawah gagasan Perak Amanjaya, kita mahu semua rakyat termasuklah pertubuhan koperasi merebut peluang untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing melalui aktiviti perniagaan yang menguntungkan,” katanya lagi.

Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad yang ditubuhkan pada 12 Januari 1981 memiliki tiga ladang iaitu Ladang Gabungan Kemasik (1,484 ekar); Ladang Teluk Sena (1,000 ekar) dan Ladang Air Karah Lenggong (500 ekar).

Ladang ini ditanam dengan kelapa sawit dengan pendapatan kasar mencecah RM300,000 sebulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");