Sukan Hari Ini

Skuad pelayaran dakwa dipinggir MSN

Skuad perahu layar negara merasa seolah-olah dipinggirkan Majlis Sukan Negara (MSN) kerana mendakwa lewat menerima peruntukan tahunan daripada badan induk pentadbir sukan negara itu.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata beliau terkilan dengan sikap MSN yang seperti menganaktirikan skuad pelayaran sehingga mereka terpaksa menangguh beberapa program penting sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA di Myanmar pada 11 hingga 22 Dis ini.

“Kita terpaksa menunda beberapa program penting bagi persiapan pelayar ke Myanmar disebabkan lewat mendapat peruntukan kewangan dan jumlah diterima tidak cukup untuk menampung kos program persediaan atlet yang telah disusun sejak tahun lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana masih belum mendapatkan peralatan pelayaran yang dipohon sejak awal tahun lagi.

“Kami perlu mengganti segera semua kelengkapan dan perahu layar yang sedia ada kerana kesemuanya telah berusia hampir lima tahun dan tidak sesuai lagi digunakan untuk kejohanan besar seperti Sukan SEA.

“Jika bantuan itu lambat disalurkan, saya risau pelayar negara akan hilang keyakinan akibat terganggu dengan kelengkapan yang uzur berbanding dengan pelayar dari negara lain yang sudah pasti akan mengunakan peralatan serba baru,” katanya.

Beliau harap pihak berkenaan tidak akan menuding jari kepada MYA jika skuad pelayar negara gagal meraih sebarang pingat di Myanmar nanti.

Pada temasya Sukan SEA Indonesia 2011 skuad pelayaran negara hanya mampu membawa pulang dua pingat perak dan sebutir pingat gangsa.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");