Sukan Hari Ini

Sukma 2013 diteruskan

TEMASYA Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-16 yang bermula Jumaat ini di Kuala Lumpur, tetap diteruskan mengikut jadual meskipun sedia maklum mengenai tahap pencemaran udara (jerebu) yang melanda negara kini.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, pihaknya belum bercadang untuk membatalkan kejohanan tersebut mahupun menangguhkannya.

“Sekiranya perlu dibatalkan, ia hanya melibatkan disiplin luar dewan dan gelanggang yang membabitkan sembilan acara. Sementara 13 acara dipertandingkan dalam dewan atau tertutup diteruskan.

“Seboleh-bolehnya kita tidak mahu tangguhkan atau membatalkan kejohanan ini kerana ia akan memberi kesan kepada program latihan atlet yang sudah bersedia sejak dua tahun.

“Begitu juga, jika ditangguhkan selepas sambutan Aidilfitri, ia juga akan menjejaskan momentum atlet terbabit,” katanya.

Katanya, MSN akan sentiasa memantau situasi berkenaan selain mendapatkan khidmat nasihat daripada Institut Sains Negara (ISN) dan Kementerian Kesihatan.

Katanya, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bahagian selatan tanah air yang diisytiharkan kawasan darurat semalam terus menunjukkan perkembangan positif, dan berharap keadaan di Lembah Klang juga akan bertambah baik.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");