Sukan Hari Ini

Sukma 2013: Pahang bawa 264 atlet

Pahang akan membawa seramai 264 atlet bagi mewakili kontinjen negeri itu pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di Kuala Lumpur yang berlangsung dari 28 Jun hingga 7 Julai depan.

Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Datuk Nik Nasaruddin Mohd Zawawi berkata negeri itu hanya akan menyertai 16 daripada 20 acara yang dipertanding.

“Daripada 16 acara itu, penglibatan atlet lelaki seramai 154 orang manakala atlet wanita seramai 110 orang, dan untuk itu, MSP tidak mahu meletakkan sasaran tinggi memandangkan Sukma kali ini berbeza jika dibandingkan dengan penganjuran Sukma Pahang, yang lebih kepada acara berpasukan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun, beliau yakin kontinjen Tok Gajah mampu melepasi kutipan pingat satu emas yang dibuat pada kejohanan sama di ibu negara pada 2011.

Katanya, antara sukan yang dilihat berpotensi tinggi menyumbang pingat untuk Pahang ialah woodball, bina badan, mendayung dan ekuestrian.

Pada 2011, Pahang sekadar meraih satu emas, 11 perak dan tujuh gangsa.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");