Jenayah

Syiling Belanda lama atas kubur

Nor Azmi (kiri) menunjukkan enam keping duit syiling lama yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Lanchang:-

JASIN – Seorang penjaga kubur menemui enam keping duit syiling lama dipercayai mata wang Belanda di atas sebuah kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lanchang.

Pengerusi KRT Lanchang, Nor Azmi Mahmood, berkata, penemuan duit syiling itu adalah yang pertama berlaku di tanah perkuburan terbabit yang dianggarkan berusia 100 tahun.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui kejadian itu setelah dihubungi penjaga kubur terbabit sebelum menyimpan wang syiling berkenaan bagi mengelak berlakunya aktiviti yang bertentangan dengan Islam seperti khurafat.

“Duit syiling yang tertera tahun 1618 dipercayai duit syiling zaman Belanda yang sebelum ini tertanam di atas kubur lama yang tidak dikenal pasti siapa warisnya memandangkan tiada sebarang maklumat yang tercatat di batu nisan kubur berkenaan.

“Kejadian ini menggemparkan penduduk kampung kerana sebelum ini tidak pernah lagi berlaku kejadian ‘misteri’ seperti ini.

“Saya mengambil keputusan menyimpannya kerana bimbang jika dibiarkan akan menimbulkan aktiviti yang tidak sepatutnya di tanah perkuburan itu,” katanya.

Nor Azmi yang juga Ketua Pemuda Lanchang berkata, sejak peristiwa itu, ada beberapa individu yang bertemu dengannya untuk membeli duit syiling berkenaan.

“Saya tidak akan menjualnya kepada sesiapa biarpun ditawarkan dengan harga tinggi. Ada juga yang menghubungi saya untuk menunjukkan lokasi kubur lama berkenaan kerana bimbang ia akan dijadikan tempat khurafat.

“Dalam masa yang sama kita mengalu-alukan wakil Perbadanan Muzium Negeri Melaka (Perzim) untuk mensahihkan duit syiling lama ini,” katanya.

Menurutnya, duit syiling yang dipercayai tertanam di kubur itu timbul mungkin disebabkan faktor cuaca, panas dan hujan yang menghakis permukaan tanah kubur.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");