Berita Hari Ini

Terima dulu keputusan PRU13, kata Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan “pendamaian nasional” hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak termasuk PR menerima keputusan PRU13 lalu.

Tambah beliau, segala bentuk himpunan yang memberikan gambaran bahawa pihak pembangkang tidak menerima keputusan PRU, 5 Mei lalu perlu dihentikan.

“Keputusan PRU13 perlu diterima oleh semua pihak kerana ia berjalan mengikut proses yang telah ditetapkan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau mahu mulakan proses pilihan raya yang bersih atau meneruskan “pendamaian nasional” perlu terima keputusan PRU13 dahulu.

“Apa keputusan yang dibuat mahkamah kita perlu terima, baru boleh menubuhkan pendamaian nasional,” katanya pada sidang Dewan Rakyat sesi pertama bagi penggal 2013-2018, di sini, hari ini.

Najib berkata demikian ketika menjawab Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang mengutarakan soalan kepadanya mengenai usaha, kejayaan dan halangan terhadap “pendamaian nasional” sejak PRU13, awal bulan lalu.

Sebelum ini, Najib telah menyatakan selepas PRU13 akan melaksanakan “pendamaian nasional”.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan bersifat terbuka dan melalui “pendamaian nasional” semua pihak boleh berbincang mengenai pelbagai perkara.

“Pokonya perlu terima keputusan PRU13.

“Kerajaan bersifat terbuka dan parti-parti politik daripada pembangkang dan kerajaan boleh berbincang supaya negara lebih berjaya, tentukan masa depan yang terbaik,” tambahnya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");