Berita Hari Ini

Tiada Konflik Kepentingan Dalam Pengambilalihan Yinson: Mokhzani

KUALA LUMPUR: Datuk Mokhzani Mahathir menegaskan tiada sebarang konflik kepentingan dalam pengambilalihan pegangan Yinson Holdings Bhd oleh Kencana Capital Sdn Bhd.

“Tidak ada konflik kepentingan,” katanya, sambil menambah beliau tidak tahu menahu tentang sebarang laporan berkaitan konflik kepentingan dalam pengambilalihan itu.

Anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed itu yang juga Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKencana Petroleum Bhd, penyedia perkhidmatan sokongan minyak dan gas, terkejut dan menyoal kesahihan laporan berkenaan apabila pemberita bertanyakan kepada beliau tentang perkara itu di luar Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2013, di sini, hari ini.

“Mengapa pula akan ada konflik kepentingan?,” tanya Mokhzani yang juga ahli panel forum berkenaan.

Kencana Capital adalah syarikat pelaburan Mokhzani bersama dengan Yeow Kheng Chew, Pengarah Eksekutif SapuraKencana, yang telah lama menjadi rakan kongsi perniagaannya.

Pada 31 Mei, Yinson bercadang untuk menerbitkan dan menawarkan saham baharu kepada Kencana Capital tidak melebihi 15 peratus daripada modal saham diperbesar 220.4 juta saham sebelumnya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");