Perak Hari Ini

TLDM Perlu Bersedia Hadapi Cabaran Dunia Tanpa Sempadan

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa bersiap sedia menghadapi cabaran di era globalisasi dan melihat aspek keselamatan dari kaca mata yang kompleks.

Katanya, semangat keberanian dan kesetiaan sahaja tidak mencukupi dalam menjaga keselamatan negara sebaliknya ancaman dunia tanpa sempadan juga perlu diambil kira.

“Dalam era globalisasi, aspek keselamatan perlu dilihat dari kaca mata yang kompleks dan ini merupakan tuntutan dan cabaran yang kita perlu hadapi.

“Peristiwa Lahad Datu seharusnya menjadi iktibar atau ‘wake-up call’ kepada semua pihak untuk selalu beringat akan keadaan yang sukar dijangka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin berpuas hati dengan semangat patriotisme serta keberanian yang ditonjolkan pasukan TLDM dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Turut kagum dengan semangat pasukan TLDM yang begitu tinggi, beliau berharap agar prestasi dari aspek lain turut meningkat di masa akan datang.

Terdahulu, ketibaan Menteri Pertahanan itu disambut Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan rombongan yang turut disertai pegawai kanan TLDM kemudiannya dibawa melawat beberapa lokasi di sekitar pangkalan seperti Pusat Kecermerlangan Sukan Air yang bakal dijadikan pusat latihan baru.

Beliau turut melawat KD Duyong dan KD Jebat yang berlabuh di Jeti Operasi sebelum beramah mesra dengan warga TLDM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");