Berita Hari Ini

1,997 individu tiada MyKad di Kelantan

mykadKOTA BHARU – Seramai 1,997 kanak-kanak yang mencapai usia 12 tahun sejak 2009 di Kelantan tidak membuat permohonan kad pengenalan atau MyKad masing-masing.

Pemangku Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan, Mohd. Zaid Mohamed berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan berharap ibu bapa tampil berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Adalah menjadi kesalahan tidak mempunyai kad pengenalan dan JPN berharap ibu bapa prihatin dengan masalah ini yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka,” kata beliau ketika ditemui semalam.

Menurut beliau, antara langkah yang diambil bagi menangani masalah itu termasuk pihaknya akan turun padang bagi mendekati penduduk sambil mengesan kanak-kanak yang belum mempunyai kad pengenalan dan memastikan mereka mendaftar dengan segera.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menguar-uarkan kepada umum agar mengambil berat masalah ketiadaan kad pengenalan.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");