Perak Hari Ini

40 Usahawan Terpilih Sertai Program Jom Beli Barang Raya 2013

PERAKTODAY

Seramai 40 usahawan terpilih menyertai program Jom Beli Barang Raya 2013 peringkat negeri Perak yang bertujuan membantu rakyat menjadi pengguna yang bijak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan negeri, Mohd Nizar Zakaria, berkata program itu juga diharap dapat membantu pengguna membeli barangan keperluan dengan mudah dan tawaran harga yang berpatutan.

“Pada tahun ini, Seri Iskandar terpilih mewakili negeri Perak dalam program Jom Beli Barang Raya yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat di daerah Perak Tengah khususnya untuk memilih dan membeli barang keperluan sempena Hari Raya.

“Diskaun barangan tertentu juga ada diberi dan ini merupakan inisiatif kerajaan dalam memberi kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada pengguna,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan sedia maklum rakyat yang memerlukan sejumlah wang untuk membuat persiapan sempena musim perayaan.

“Justeru, melalui program ini, ia dapat membantu masyarakat menjadi pengguna yang bijak.

“Pengguna ada pilihan mengikut kemampuan dan faktor kewangan menjadi punca masyarakat tidak mampu membeli barang keperluan dalam menyambut sesuatu perayaan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, pembangunan rancak yang berlaku di Seri Iskandar katanya, bukan sahaja dapat meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat malah membuka peluang kepada golongan usahawan memajukan diri dalam bidang perniagaan.

Katanya, melalui pembangunan ekonomi, usahawan memperoleh nilai tambah dan mampu memperbaiki taraf kehidupan mereka.

“Usahawan dilihat mampu mengembangkan perniagaan mereka apabila wujudnya pembangunan yang kian rancak di Seri Iskandar berbanding waktu dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Jom Beli Barang Raya 2013 peringkat negeri Perak di Seri Iskandar, petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");