Jenayah

Adun Ayer Keroh Melaka Kena Serang Lagi

Selepas cermin keretanya dipecahkan dua minggu lalu, sekali lagi, Adun Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong menerima kejutan apabila pagar dan sebuah keretanya yang lain pula disimbah cat merah.

‘Kejutan’ itu disedari Poay Tiong ketika keluar dari rumahnya di Jalan D1, Taman Dahlia, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi.

Menurutnya, keadaan kereta jenis Honda CRV terpakai yang baru dibelinya sebelum PRU13 masih dalam keadaan baik ketika beliau pulang ke rumah jam 12 tengah malam kelmarin.

“Saya balik ke rumah kira-kira jam 12 tengah malam selepas selesai urusan sebagai Adun dan sebelum memasuki rumah, keadaan kereta dan pagar rumah masih baik.

“Namun ketika keluar dari rumah jam 7.30 pagi saya melihat terdapat cat merah pada pagar dan kereta serta lantai garaj,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Poay Tiong berkata, cermin belakang kenderaan kemudahan sukan (SUV) miliknya turut pecah dipercayai dibaling batu berikutan terdapat objek keras itu di atas lantai.

“Perbuatan ini mungkin dilakukan antara jam 12 tengah malam hingga 7.30 pagi namun kira-kira jam 1 pagi saya ada terdengar bunyi sesuatu dari luar rumah.

Beliau berkata, mujur tiada perkara lebih buruk berlaku di dalam rumah yang turut dihuni isteri, Lee Wei Cheng, 43, dan tiga anak perempuannya berusia dari lima hingga 15 tahun.

Menurut Poay Tiong, beliau yang menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis turut berharap rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya boleh membantu untuk menyiasat kejadian berkenaan sekali gus menyelesaikan kes.

“Kejadian seumpama ini kali kedua saya alami apabila kali pertama cermin bahagian kiri belakang kereta jenis Kia Sportage saya dipecahkan orang pada 13 Jun lalu dan laporan polis sudah saya buat,” katanya. SH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");