Perak Hari Ini

Amaran Denda RM1,000, Penjara Jika Umat Islam Tidak Berpuasa: JAIPk

tak posa

Umat Islam di negeri ini diingatkan agar tidak makan di khalayak ramai di sepanjang bulan Ramadhan ini atau berdepan hukuman denda dan penjara seperti yang ditetapkan di bawah Enakmen Syariah 1992.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata mengikut enakmen itu, umat Islam yang didapati melakukan kesalahan terbabit boleh dikenakan hukuman denda RM1,000 dan penjara selama enam bulan.

Katanya lagi, pihak penguat kuasa JAIPk akan menjalankan operasi khas menangkap mereka yang makan dan minum secara terbuka pada siang hari.

“Berwaspadalah kerana petugas akan melakukan tinjauan tanpa memakai uniform lengkap JAIPk.

“Hanya dengan menghisap sebatang rokok atau menghirup segelas teh tarik, mereka ini akan didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1992 jika didapati bersalah,” jelasnya lagi.

Mohd Yusop menegaskan, setakat ini belum ada tangkapan dibuat tetapi pihaknya akan terus menjalankan rondaan di kawasan yang sering menjadi tumpuan kaki ponteng puasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");