Perak Hari Ini

Ambil Alih Marina Pulau Mentagor: Kerajaan Pusat Beri Reaksi Positif

zambry exco

Permohonan kerajaan negeri untuk mengambil alih projek marina Pulau Mentagor yang terbiar sejak 10 tahun lalu mendapat reaksi positif daripada kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Kita mendapat maklum balas yang baik tentang permohonan kerajaan negeri untuk mengendalikan pulau Mentagor,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, hari ini.

Zambry berharap agar pengambil-alihan projek marina Pulau Mentagor dekat Pulau Pangkor itu dapat disegerakan oleh pihak kerajaan Persekutuan agar perancangan yang dibincangkan sebelum ini dapat dilaksanakan dengan segera.

“Kita mendapat reaksi dan saya harap proses pengambil-alihan daripada kerajaan Persekutuan dapat dilakukan dengan kadar segera,” tambahnya.

Sementera itu, kerajaan negeri juga katanya, bercadang untuk menubuhkan Pihak Berkuasa Pelabuhan bagi memudahkan kerja dan operasi pemantauan dilakukan di sepanjang pesisir pantai.

“Penubuhan agensi ini perlu memandangkan kedudukan Perak yang berada di pesisir pantai ditambah pula dengan bilangan pelabuhan yang semakin bertambah,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Zambry menegaskan cadangan itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet sebelum mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan Persekutuan.

Tambahnya, kewujudan Pihak Berkuasa Pelabuhan negeri juga dilihat berupaya merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi bersesuaian dengan kedudukan Perak sebagai sebuah negeri maritim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");