Membawang Hari Ini

Apartment 1303 ke Hollywood

1303FILEM seram yang mendapat sentuhan pengarah Michael Taverna ini merupakan pembikinan semula dari filem Jepun yang menggunakan judul sama.

Menurut Taverna, filem adaptasi novel tulisan Kei Oishi ini ditayangkan di Jepun beberapa bulan lalu.

“Sebenarnya saya adalah penerbit eksekutif bagi filem tersebut, jadi timbul idea untuk membuatnya semula bagi versi Inggeris.

“Apabila saya suarakan hal ini kepada barisan pelakon yang dipilih, mereka bersetuju dan tanpa berfikir panjang saya terus melakukannya,” katanya mengenai filem yang dibintangi Mischa Barton, Rebecca De Mornay, Julianne Michelle dan Corey Sevier ini.

Ujar Taverna meskipun dia turut menjadi penulis skrip untuk filem ini namun dia sangat berpuas hati.

“Setiap proses penulisan skrip mahupun pembikinan filem berbeza dan punya tarikan tersendiri termasuklah bagi filem ini.

“Walaupun ia digarap semula tetapi saya perlu memastikannya sesuai dengan jiwa penonton di Hollywood,” katanya.

Sedikit mengenai filem ini, ia merupakan filem hantu moden yang mengangkat kisah antara ibu dan anak. Pun begitu, dalam hubungan mereka, wujud rasa kasih dan benci yang akhirnya bertukar kepada mimpi ngeri.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");