Berita Hari Ini
Like

Awang Had Salleh meninggal dunia

July 1, 2013
285 Views
0 Comments
36 seconds read
Awang Had Salleh meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik Tan Sri Dr Awang Had Salleh, 79,menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.

Menurut anaknya Nazman, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 3.03 pagi ini di Hospital Putrajaya.

Katanya jenazah akan dibawa ke rumah seorang lagi anaknya di Presint 10, Putrajaya sebelum dikebumikan di Presint 20, hari ini.

Sementara itu, menantu Allahyarham yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bapa mertuanya meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.

-BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply