Berita Hari Ini

Bangkai khinzir dibuang di perkuburan Islam

Bangkai-Babi-565x318

PERTH: Polis Australia sedang melakukan siasatan berikutan penemuan dua bangkai khinzir di tanah perkuburan Islam Rockingham di Baldivis, barat Perth, Australia.

Media tempatan melaporkan, kejadian itu berlaku ketika beberapa keluarga menziarahi kawasan perkuburan itu untuk membersihkan kawasan terbabit sempena Ramadan.

“Mereka turut menemui kepala dan organ dalaman khinzir bertaburan di atas kubur,” menurut laporan AFP.

Saksi berkata, kejadian itu membangkitkan kemarahan dan amat dikesali.

“Saya amat sakit hati melihat kejadian itu. Anda bayangkan jika bangkai khinzir diletakkan berhampiran dengan keluarga anda dan semua masyarakat dunia tahu umat Islam menganggap khinzir itu haram dan perbuatan ini seperti mahu melakukan provokasi agama ketika umat Islam sedang berpuasa,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");