Membawang Hari Ini

Bintang Glee mati akibat heroin, alkohol

gleePELAKON Glee, Cory Monteith disahkan meninggal dunia akibat pengaruh heroin dan pengambilan alkohol berlebihan.

Pelakon dari Kanada yang berusi 31 tahun itu memegang watak sebagai Finn Hudson dalam siri Glee ditemui mati dalam sebuah bilik hotel, Sabtu lalu.

Monteith sebelum ini pernah menjalani rawatan pemulihan dadah pada tahun 2009.

Menurut kenyataan dari British Colombia, daripada bedah siasat yang dijalankan, terdapat keracunan akibat campuran melibatkan heroin dan alkohol yang berlebihan dan ia menjadi punca kematian pelakon itu.

Pelakon itu juga sebelum ini ada membuat pengakuan berhubung ketagihan dadah yang dialaminya sejak remaja lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");