Jenayah

Curi tiga botol gel mandian

syampoo

KUALA TERENGGANU- Tidak berbaloi! Hanya kerana mencuri tiga botol gel mandian bernilai RM17.70, seorang pemuda dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Mohamad Khairun Ezam Yusof, 24, dari Taman Desa Aman, Batu 6, Jalan Maharaja Lela, Teluk Intan, Perak, mengaku bersalah mencuri barangan berkenaan, milik Kedai Rakyat 1Malaysia di Jalan Sultan Omar, di sini, pada 27 Julai lalu, kira-kira jam 8.40 malam.

Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan itu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim, manakala Mohamad Khairun Ezam tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, seorang pekerja berusia 28 tahun menyedari Mohamad Khairun Ezam berada di dalam kedai dengan keadaan mencurigakan kerana membawa beg.

Beberapa minit kemudian, Mohamad Khairun Ezam yang mahu keluar dari kedai tanpa membeli barang ditahan dan hasil pemeriksaan dalam begnya menemui tiga botol gel mandian tersebut tanpa sebarang pembayaran.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");