Jenayah

Didakwa rogol dalam semak

Mohd Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, semalam atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun lapan bulan.
Mohd Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, semalam atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun lapan bulan.

AYER KEROH: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan merogol gadis bawah umur di dalam semak, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Saiful Mohd Shah, 20, dari Taman Krubong Utama membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Azahaniz Teh Azman Teh.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Saiful didapati merogol seorang gadis berusia 14 tahun lapan bulan di kawasan semak, Kampung Krubong antara jam enam dan tujuh petang pada 21 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");