Jenayah

Digigit si gebu

gebu

SEBAHAGIAN daripada 25 pelacur ditangkap dalam serbuan di sebuah medan selera di Pasar Pudu, Kuala Lumpur semalam:-

KUALA LUMPUR – Seorang pelacur warga China bukan sahaja perlu memikat lelaki berhidung belang untuk melanggannya malah, dia didapati menjadi ‘puntianak’ apabila menggigit lengan kanan seorang pegawai polis lelaki yang cuba memberkasnya semalam.

Kejadian pukul 2.45 petang itu berlaku ketika sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menahan 25 pelacur ketika melakukan serbuan di sebuah medan selera berhampiran Pasar Pudu di sini.

Pegawai yang cedera digigit itu pula melibatkan ketua operasi, Asisten Superintendan Shahrulnizam Jaafar.

Menurut Shahrulnizam, ketika serbuan, salah seorang pelacur cuba melarikan diri sejauh satu kilometer sebelum dia berjaya diberkas.

“Ketika hendak membuat tangkapan, salah seorang pelacur telah menggigit lengan kanan saya hingga berbekas dan cedera manakala seorang lagi cuba lari sejauh kira-kira satu kilometer namun kedua-duanya berjaya diberkas.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");