Jenayah

Ditahan miliki senjata tiruan

Senjata tiruan dan parang dirampas daripada dua suspek yang turut mempunyai rekod jenayah lampau
Senjata tiruan dan parang dirampas daripada dua suspek yang turut mempunyai rekod jenayah lampau

RAUB – Polis Raub menahan dua lelaki berusia 30an dan 40an yang memiliki selaras senjata buatan sendiri dan tiga bilah parang serta dadah dipercayai syabu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, sepasukan anggota polis terdiri daripada peronda MPV dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah di kawasan Jalan Sungai Klau – Mempaga.

Menurutnya, semasa rondaan, sebuah Isuzu Trooper yang dinaiki dua lelaki di kawasan Sungai Ruan diperiksa.

“Kita temui senjata tiruan atau senapang buatan sendiri dipercayai senapang patah dan tiga bilah parang.

“Pemeriksaan juga menjumpai kotak kecil mengandungi empat paket plastik cerah berisi serbuk dan ketulan kristal dipercayai syabu,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, ujian awal saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, kedua-dua suspek juga mempunyai rekod lampau kesalahan dadah dan jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960/Seksyen 7 akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata tiruan dan senjata berjadual.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama atas kesalahan dadah, jika disabit kesalahan boleh dihukum sehingga 5 tahun penjara serta sebatan.

 

-SinarHarian-

http://www.sinarharian.com.my/ditahan-miliki-senjata-tiruan-1.181232

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");